[VIDEO] Al-Quran ditemukan dibuang di kawasan parit lombong Sri Murni di Selayang


  • Tular
  • Ahad, 19 Feb 2023

Tangkap layar video menunjukkan beberapa naskhah al-Quran yang dibawa keluar selepas dipercayai dibuang ke dalam parit di kawasan lombong Sri Murni,Selayang.

TULAR satu video pada Sabtu memaparkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dijumpai dipercayai dibuang di dalam parit di kawasan lombong Sri Murni, Selayang, Selangor.

Menerusi video berdurasi satu minit 40 saat yang dikongsikan di Twitter itu, beberapa individu dilihat sedang berusaha membawa keluar kitab suci tersebut daripada parit berkenaan yang mempunyai kedalaman paras air pada paras buku lali.

Menurut individu yang merakam video terbabit, keberadaan al-Quran di dalam tempat itu disedari oleh beberapa individu yang berada di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak mengetahui mengenai pelaku kepada perbuatan berkenaan.

"Astaghfirullahalazim, ya Tuhanku. Sedih, tak tahu bangsa apa. Kalau bangsa Melayu itu minta ampun, biar dia kena bala. punya banyak al-Quran.

"Tak nak baca pun simpan la. Elok lagi. menitik air mata," kata pemilik video berkenaan di dalam klip tersebut.

Dalam pada itu, ciapan berkongsikan video berkenaan turut menyatakan kekecewaannya terhadap kejadian berkenaan.

"Biadap sungguh, siapakah pelakunya...??" soal pemilik akaun twitter tersebut, @nanmanjoi8715.

Namun begitu, tarikh sebenar video tersebut diambil bagaimanapun tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram