Rakyat risau pelarian Rohingya jadikan Aceh lokasi transit sementara, desak ketatkan kawalan perairan negara


  • Massa
  • Khamis, 16 Feb 2023

Sebuah bot dilaporkan membawa kira-kira 50 etnik Rohingya tiba di wilayah Aceh, Indonesia pada Khamis. — Agensi

ISU pelarian etnik minoriti dari Myanmar, Rohingya seolah-olah tiada kesudahan apabila terus menjadikan negara lain sebagai tempat tinggal.

Sejak beberapa tahun lalu, negara jiran seperti Bangladesh, Thailand dan Indonesia menjadi sasaran buat etnik itu untuk memulakan hidup baharu, terutamanya ketika keadaan laut tenang, antara November hingga April.

Meskipun kerajaan Bangladesh sudah terbuka hati menyediakan kem perlindungan buat Rohingya, namun etnik itu seakan-akan tidak bersyukur apabila sanggup mendedahkan diri mereka dan kanak-kanak dengan bahaya untuk berhijrah ke negara lain.

Pada Khamis, sebuah bot dilaporkan membawa kira-kira 50 etnik Rohingya tiba di wilayah Aceh, Indonesia.

Ia susulan perkembangan ratusan etnik Rohingya kini terpaksa melarikan diri dari kem pelarian Bangladesh.

Khabar itu bagaimanapun dilihat tidak disenangi oleh rata-rata rakyat di negara ini, yang khuathir etnik itu hanya menjadikan Aceh sebagai lokasi transit sementara, sebelum menuju ke Malaysia.

Sebelum ini seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat Malaysia.

Seorang pengguna media sosial Sa-eight Warios menyarankan agar kerajaan untuk mengetatkan lagi kawasan perairan negra.

"Malaysia perlu gerakkan semua aset pertahanan marin ke pantai barat untuk memantau perairan negara," tulisnya.

Sementara itu Tajuddin Othman pula berkata, etnik Rohingya tersebut perlu diambil tindakan keras.

"Dilarang daripada memasuki Malaysia. Harap diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa," katanya.

Sementara itu Noor Hazlin mempersoalkan apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu pelarian berkenaan.

"Sudah berbelas tahun dah tanpa sedar. Bersepah minta sedekah bawa bayi dekat jejantas Sogo, Jalan TAR. Ada yang berkahwin dengan masyarakat tempatan. Ada yang dah berniaga lengkap dengan persatuan. Tapi apa tindakan kerajaan?," soalnya.

Abe Niff pula berpendapat kebanyakan pelarian etnik Rohingya itu hanya menjadikan Aceh sebagai lokasi transit sementara.

"Tak lama hanyut ke Malaysia, dekat saja lagi. Malaysia banyak nak pakai pekerja asing dalam bidang pertanian.

"Duduk sini boleh teroka hutan buat perkampungan atau sewa rumah flat duduk ramai-ramai. Boleh buka kedai runcit, kebun sayur dan kedai makan."

Sebelum ini, Majoriti melaporkan, seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat Malaysia.

Lelaki itu mendakwa, etnik tersebut kononnya turut memberi sumbangan ekonomi kepada negara ini.

Menerusi video tular, lelaki itu juga menggesa kerajaan Malaysia memberi tanah Selayang, Selangor kepada etnik tersebut kerana sudah mengganggap daerah berkenaan sebagai hak dan kawasan mereka.

"Cina, Melayu, India atau Indonesia tidak boleh kacau dan tidak boleh masuk.

"Jangan cuba kacau. Ini kawasan kami," kata lelaki tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram