PADA Rabu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain bertindak berani apabila lantang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap warga asing berniaga di sekitar kawasan Pasar Selayang, Selangor.
Keberaniannya itu menjadi bualan warga maya selepas videonya berdepan peniaga warga asing tular di media sosial.
Namun begitu, belum sampai 24 jam video tersebut tular, muncul pula video seorang lelaki dipercayai warga Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat tempatan kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.
"Sekarang kerajaan Malaysia mesti beri hak sama rata kepada kami, kaum minoriti, kaum pelarian , bangsa Rohingya.
"Kami sudah menyumbang kepada ekonomi negara. Sekarang kami mahu menuntut hak. Kami juga manusia.
"Beri kami Selayang pun sudah cukup, beri kami Selayang
"Selayang tempat Rohingya, orang Melayu jangan kacau. Selayang kawasan kami," kata lelaki tersebut.
Tambahnya lagi, Selayang adalah hak mereka dan tidak boleh dikacau.
"Cina, Melayu, India tau Indonesia tidak boleh kacau. tidak boleh masuk.
"Jangan cuba kacau. ini kawasan kami," katanya lagi.
Difahamkan video tersebut mula tular di Tiktok sebelum ia disebarkan melalui Telegram dan WhatsApp oleh orang awam.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki dan tarikh video itu diambil.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak yang terlibat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram