Mahu berehat seketika daripada politik, rakyat syak Azmin Ali ada agenda peribadi


  • Politik
  • Isnin, 13 Feb 2023

Azmin Ali pada Isnin mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu.

MISI Perikatan Nasional (PN) untuk menjadikan Datuk Seri Mohamed Azmin sebagai salah satu calon bagi Menteri Besar Selangor, sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) dilihat sukar dicapai.

Ini berikutan Ketua Penerangan PN itu mengumumkan mahu berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu pada Isnin.

Menerusi hantaran di laman Twitter, bekas Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata, beliau akan terus bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Namun, keputusan drastik bekas Ahli Parlimen Gombak itu menyaksikan rata-rata netizen berasa hairan dan terkejut.

Malah, mereka menganggap keputusan itu seolah-olah 'ada udang di sebalik batu' atau mempunyai agenda tersendiri kerana tidak mungkin beliau akan menolak jawatan sekiranya dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Salah seorang pengguna media sosial, Sufian Ahmad berasakan, kata-kata Azmin Ali untuk berhenti tidak boleh dipercayai kerana beliau dianggap seorang yang tidak menepati janji .

"Aku langsung tidak percaya pada Jemin (Azmin) ini, dia macam u**r. Tengok saja zaman dia berkuasa, macam-macam dia janji tetapi satu pun tidak ditunaikan. Nampak sangat dia ada agenda sendiri," dakwanya.

Pendapat Sufian itu turut disokong oleh Halmi Mohammad Id.

"Harap lakonan lebih mantap lepas rehat nanti. Ada udang di sebalik batu. Tak mahu kabur lagi Min," katanya.

محمد سفيان pula mendakwa, Azmin seolah-olah mempunyai niat lain iaitu berehat seketika untuk meraih undi rakyat sebelum menjadi Menteri Besar Selangor semula.

"Entah-entah melobi nak jadi Menteri Besar Selangor balik," dakwanya.

Seorang lagi pengguna media sosial, Shamsudin Kader mempersoalkan tindakan Ketua Penerangan PN itu yang dilihat seperti meminta simpati dari rakyat dan ahli politik yang lain.

"Betulkah Azmin umum berehat sebentar dari politik? Untuk apa? Cari pengundi untuk bantu dia cari jalan bagaimana hendak jadi Perdana Menteri ke-11 atau jadi MB semula?" soalnya.

Sementara itu, Ayie Mb pula berasakan Azmin mengumumkan untuk berehat kerana Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor.

"Dengar Khairy Jamaluddin nak jadi MB Selangor, terus tarik diri. Baik ikut jejak Zuraida jual jeruk tepi jalan," sindirnya.

Chris Teoh pula percaya Azmin berehat untuk merancang merampas kuasa kerajaan.

"Bagilah dia masa untuk fokus dan merancang 'London Move, UK Move atau apa-apa Move' untuk merampas semula kuasa. Buat apa terburu-buru?" dakwanya.

Sebelum ini, PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang PRN yang perlu diadakan sebelum Jun 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram