KECOH di media sosial pada Selasa apabila seorang lelaki dilaporkan mengamuk di sebuah sekolah.
Difahamkan, amukan itu berpunca apabila anaknya dipukul oleh salah seorang guru yang mengajar di sekolah terbabit.
Menerusi video tular dikongsi di laman TikTok @epinmusa, lelaki yang memakai topi dan berbaju ungu itu dilihat memaki hamun dua orang guru yang berada di tapak perhimpunan.
Pada masa sama, lelaki tersebut turut membawa sebatang kayu menimbulkan kebimbangan jika dia cuba mencederakan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
Selain itu, guru-guru terbabit dilihat cuba untuk menenangkan lelaki tersebut.
Masa, lokasi sebenar kejadian, serta sama ada kejadian tersebut merupakan lakonan semata-mata masih belum dapat dipastikan.
Majoriti sudah menghubungi @epinmusa, namun masih belum ada sebarang respons. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram