[VIDEO] Potong kunci mangga, lelaki rembat duit tabung masjid di Batu Pahat


  • Tular
  • Selasa, 31 Jan 2023

Tangkap layar seorang lelaki mencuri duit dari tabung sebuah masjid di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor.

SEORANG lelaki didakwa mencuri duit dari tabung sebuah Masjid di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat, Johor pada Isnin.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dan identiti suspek juga turut dikongsikan di laman Facebook.

Ketika kejadian, suspek dilihat menghancurkan kunci mangga tabung tersebut menggunakan pemotong yang dibawa.

Tidak diperhatikan oleh kakitangan mahupun jemaah masjid, kes terbabit dikatakan berlaku sekitar pukul tiga petang dan pencuri berkenaan dipercayai merupakan salah seorang penduduk di kampung tersebut.

Meskipun pada mulanya tindakan itu kelihatan menemukan jalan buntu, suspek tetap mencuba dana akhirnya berhasil apabila mangga kunci berkenaan berjaya dipotong.

Kemudian, suspek terus mengambil sejumlah wang dari peti tersebut.

Jumlah kerugian pihak masjid masih belum dapat dipastikan dan pencuri berkenaan dilihat menyimpan wang itu di dalam poket seluarnya.

Majoriti telah menghubungi pihak masjid namun masih belum ada sebarang maklum balas diterima setakat ini dengan pihak polis juga belum mengeluarkan laporan berhubung kejadian itu.

Orang ramai yang mengenali suspek diminta untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi memberikan maklumat dan diharap kes tersebut tidak menjadi ikutan remaja masa kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram