Saya bayar RM1.9 juta, tapi Ronaldo hanya tahu buat 'siuuuuu' — Pengarah Al Nassr


  • Benua
  • Selasa, 31 Jan 2023

Cristiano Ronaldo mendapat kecaman penyokong Al Nassr selepas tewas kepada Al Ittihad. — Agensi

TULAR di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki mengamuk selepas kelab bola sepak Al Nassr tewas 1-3 kepada Al Ittihad pada Piala Super Arab Saudi minggu lalu.

Difahamkan, lelaki yang mengamuk itu merupakan Pengarah pasukan Al Nassr yang begitu berang selepas bintang utama kelab itu, Cristiano Ronaldo gagal memberi kemenangan kepada kelabnya itu.

"Keluar dari sini. Saya habiskan RM9.3 juta (200 juta euro) dan dia (Ronaldo) hanya tahu melakukan 'siuuuuu'," kata lelaki tersebut.

Terdahulu, penyokong melahirkan rasa kecewa selepas kelab itu tersingkir daripada Piala Super Arab Saudi.

Malah, video yang memaparkan penyokong memijak jersi Ronaldo di luar Stadium Antarabangsa King Fahd juga tular di media sosial.

Sementara itu, pengurus Ronaldo di Al Nassr, Rudi Garcia berkata, pemain berusia 37 tahun itu akan kembali bermain di Eropah suatu hari nanti.

"Kemasukan Ronaldo membawa impak positif kerana dia berjaya memecah belahkan pemain pertahanan. Dia adalah pemain terbaik di dunia.

"Sudah pasti dia tidak akan menamatkan kariernya di Al Nassr. Dia akan kembali ke Eropah," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram