Serang guna batu, warga emas suspek pembuli jalan di Kepong


  • 112
  • Isnin, 23 Jan 2023

Tangkap layar video tular seorang lelaki dipercayai melakukan buli menggunakan batu bata

POLIS Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur pada 28 Disember lalu.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Isnin, memohon sesiapa yang terlibat dalam insiden itu tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

Selain itu, mereka boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-6274 2312 dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222.

Pada Isnin, tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sebuah kereta menggunakan bongkah batu bata dan memarahi pemandunya dengan kata-kata kesat. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram