Lambakan jualan vape online makin parah, tiba masanya PM10, menteri masuk campur


  • Tular
  • Isnin, 16 Jan 2023

Penjualan vape yang tidak terkawal boleh menyebabkan orang awam tanpa mengira peringkat umur mendapatkan rokok elektronik tersebut dengan mudah.

WALAUPUN pada mulanya rokok elektronik atau vape diperkenalkan untuk membuang ketagihan dalam kalangan perokok, namun kini ia dilihat sebagai satu trend yang sangat membimbangkan.

Dari semasa ke semasa, ramai perokok beralih kepada vape kerana menganggap ia lebih sihat, tetapi industri yang tidak dikawal tetap tidak selamat.

Manakan tidak, kedai vape tumbuh ibarat cendawan selepas hujan dan lambakan produk rokok tanpa tembakau ini boleh didapati dengan mudah.

Tambahan pula, penjualannya dalam talian tanpa kawalan memudahkan masyarakat tanpa mengira peringkat umur membeli rokok elektronik.

Pada masa sama, populariti vape semakin meningkat bukan sahaja dalam kalangan dewasa, tetapi juga anak muda tanpa mengira jantina. Lebih merisaukan, budaya menghisap vape atau vaping sudah menjadi kelaziman dan norma baharu kepada perokok dan bekas perokok yang sudah meninggalkan rokok tembakau.

photo_6208322059424086731_y

Dr. Arisman Wenge Abd Rahman — Facebook

Ekoran lambakan vape dan penjualan vape tidak terkawal, seorang pengamal perubatan tempatan, Dr. Arisman Wenge Abd Rahman meluahkan rasa kecewa dengan hal tersebut melalui halaman Facebook peribadinya Dr.Arisman, MD.

"Ini bukan satu jenaka, tapi ini adalah satu JENAYAH!

"Tolonglah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ambil serius isu yang memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini! Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera!

"Sampai macam ini sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah kedai-kedai yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. B***h atau cerdik?

"Speechless. Masih lagi nak kena fikir dan buat jawatankuasa untuk luluskan Dasar Generasi Penamat (GEG) yang sudah dibahas pada penggal lalu oleh Yb Khairy Jamaluddin, sengaja melengahkan masa, sengaja tutup mata sebelah.

a49ab8fe-891f-4aad-b881-467649c3e924

Tangkap layar seorang remaja perempuan yang dikongsi oleh Dr Arisman dipercayai menjual vape secara live di media sosial. — Facebook

"Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan 'b***h' ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?

"Saranan saya kepada rakyat Malaysia sekalian, carilah duit sebanyak-banyaknya dan dah kaya raya nanti, pergilah berhijrah ke luar negara untuk menetap di situ dan dapatkan persekitaran dan rawatan yang lebih sihat. Percayalah, kecewa," tulisnya.

Arisman turut memuat naik satu tangkap layar memaparkan seorang remaja perempuan memegang vape.

Remaja berkenaan dipercayai menjual vape secara lansung di media sosial.

Hasil pemerhatian Majoriti di media sosial, produk vape pelbagai perisa boleh didapati dengan mudah pada harga serendah RM25.

Melihat kepada faktor kesihatan, penjualan vape yang tidak mengikut piawaian ditetapkan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram