TINDAKAN tiga penunggang motosikal yang enggan menggunakan laluan yang dikhaskan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain di sebuah plaza tol, teruk dikecam warga maya pada Selasa.
Lebih menyakitkan hati, melalui video tular dimuat naik di halaman Twitter @twtcctv itu memaparkan salah seorang daripada mereka berperang mulut dengan penumpang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux .
"S**l punya budak-budak motor. Dia tak nak lalu laluan motor, ada hati nak bertekak dengan kereta sebab nak lalu dekat tol," ciapnya.
Melalui rakaman berdurasi kurang seminit tersebut, difahamkan ketiga-tiga penunggang itu didakwa cuba mengelak untuk menggunakan laluan motosikal yang dikhaskan kerana ingin lari daripada sekatan polis.
Menjengah ke ruangan komen,seorang pengguna Twitter, @suraya meminta individu yang merakam situasi berkenaan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
"Buat aduan pada pihak polis, biar kena kutip (tangkap). Geram betul tengok perangai budak-budak motor macam ini," katanya.
@Ddion_Mustafah pula berkata, tindakan individu berkenaan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
"Menyusahkan orang. Kebanyakkan sebab nak lari roadblock, hobi kami mahal katanya tapi lesen pun tak ada," ciapnya.
Seorang lagi pengguna Twitter, @arbeeZONE meluahkan rasa geram selepas melihat video tersebut.
"Geram aku. Kalau aku, memang aku tak akan bagi muka, sebab bila bagi peluang bermakna kita membenarkan," tegasnya.
Namun begitu tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadin tersebut berlaku setakat berita ini ditulis.
Untuk makluman, mereka yang melakukan pencerobohan tol dan mengelak daripada membayar tol boleh didakwa bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian), yang akan mengenakan hukuman denda antara RM2,000 dan RM5,000 jika disabitkan kesalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram