Lima warga asing ditahan termasuk seorang pisau tertusuk di muka akibat bergaduh di Pulau Pinang


  • 112
  • Isnin, 23 Jan 2023

Mohd Shuhaily menunjukkan gambar suspek dan mangsa cedera berhubung kes mendatangkan kecederaan melibatkan warganegara asing di kawasan Perai dan Timur Laut pada sidang media pada Isnin. — Bernama

POLIS menahan lima warga asing disyaki terlibat dalam pergaduhan dalam dua lokasi berasingan di Sungai Nibong dan Prai, George Town, Pulau Pinang pada Ahad.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam kejadian yang berlaku di Taman Chai Leng Park, Perai, polis menahan empat pekerja kilang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan seorang daripada mereka ditikam dengan pisau di muka.

"Siasatan mendapati sebelum kejadian, semua suspek minum minuman keras bersama sehingga mabuk sebelum bergaduh.

"Seorang daripada suspek ditikam dengan pisau di pipi dan pisau itu masih tertusuk pada wajahnya ketika dia menerima rawatan di hospital.

"Pihak polis turut merampas sebilah pisau lipat sepanjang 15 sentimeter yang disyaki digunakan suspek," katanya pada sidang media pada Isnin.

Dalam insiden berasingan polis menahan seorang lagi warga asing selepas menerima menerima aduan awam mengenai pergaduhan di sebuah flat di Sungai Nibong.

"Dalam kejadian 9.50 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun cedera di muka selepas dipukul dengan botol kaca oleh rakan serumahnya.

"Suspek merupakan warga asing, 32 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci ditahan sepasukan anggota dari ibu pejabat polis George Town kira-kira pukul 12.50 pagi Ahad,"

"Polis percaya kejadian itu berlaku ketika suspek dan mangsa dalam keadaan mabuk dan timbul perselisihan faham,"katanya.

Mohd Shuhaily berkata, semua suspek berusia 23 hingga 27 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam hingga 25 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau turut menasihati majikan untuk menegur pekerja asing di bawah seliaan mereka supaya tidak melakukan perkara seumpama itu kerana dikhuatiri menggugat ketenteraman orang ramai. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram