Kurang setahun selepas kehilangan bapa, kini Dr Maza yatim piatu


  • Primer
  • Ahad, 22 Jan 2023

Ibu Dr Maza meninggal dunia pada pagi Ahad.

IBU kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza meninggal dunia pada pagi Ahad.

Dr Maza yang juga pendakwah popular memaklumkan berita sedih tersebut melalui halaman Facebook dan Instagram miliknya kira-kira pada pukul 9 pagi Ahad.

"Ibu yang saya kasihi, pintu hidup saya dalam dunia ini baru sahaja meninggal dunia. Pohon semua mengenali beliau memaafkan kesalahannya jika ada. Pohon semua yang mengenali saya berdoa keampunan untuk ibu saya," tulisnya.

Namun begitu, beliau tidak menyatakan punca sebenar ibunya meninggal dunia.

Pada April tahun lalu, bapa beliau meninggal dunia selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital ekoran strok. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram