
Mohd Jafni (tengah) dan Asman Shah (dua dari kanan) pada majlis pecah tanah ibu pejabat baharu MBPG di Jalan Kong Kong.
PERBADANAN Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) merancang untuk menawarkan lebih banyak unit mampu milik berharga RM350,000 bagi golongan M40.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, salah satu projek yang sedang dijalankan adalah di Bandar Layangkasa, di Jalan Kong Kong dekat Pasir Gudang, Johor.