Asyik makan hati pasangan 'perabis' duit sebab hobi? Cuba 3 cara demi kebaikan bersama


  • Hobi
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Siti kecewa apabila sudah berulang kali menasihati suami agar tidak terlalu 'taksub' dengan hobi suka mengubah suai kereta. — Gambar Hiasan

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga memerlukan tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Begitu juga perkara melibatkan kesukaan dan kegemaran antara satu sama lain.

Sokongan dan dorongan merupakan elemen utama bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga agar kekal utuh meskipun dilanda ribut badai.

Namun, bagai kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.

Persefahaman dan komunikasi perlu saling ada agar tidak menjejaskan hubungan apatah lagi bermasam muka.

Sama juga apabila pasangan lebih mementingkan hobi sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar.

Menurut seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, dia sudah bertahun makan hati dengan suami yang suka berbelanja untuk mengubah suai kereta.

Bukan kata ‘berbuih’, malah sudah hilang akal untuk memberitahu pasangannya agar tidak membelanjakan wang sewenang-wenangnya.

“Waktu perkenalan saya memang mengetahui itu minat, tetapi tidak pernah bertanya kos bayaran.

“Apabila berumah tangga saya perlu tahu kerana perbelanjaan itu sedikit sebanyak memberi kesan untuk belanja rumah. Saya tahu itu duitnya, tetapi wang yang boleh digunakan untuk simpanan atau pelaburan masa depan.

“Saya tidak menghalang minatnya kerana tiada sesen pun minta wang saya, tetapi kadangkala keghairahan itu perlu dikawal,” terangnya penuh semangat.

Berikut adalah tiga cara untuk pasangan elak terlalu makan hati disebabkan hobi masing-masing.

1. Rangka masa depan

majoriti2022

Melihat kepada situasi itu, tidak dinafikan komunikasi ‘mendengar’ amat diperlukan.

Menurut business insider, situasi itu meletakkan pasangan dalam situasi dilema terutama saat berhadapan dengan krisis ekonomi.

Justeru, cuba mencari ruang untuk berbincang mengenai perkara tersebut agar tidak menyinggung perasaan masing-masing.

Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi secara emosi, tetapi Siti dan suami berada dalam satu perkahwinan.

Ini bermakna pasangan itu perlu menentukan sendiri apa yang mereka ingin lakukan.

2. Sokongan hujahan

Apabila perkara itu berlaku pasangan tidak boleh terlalu mudah untuk menuding jari.

Ketika sedang membuat perbincangan, cuba sediakan hujahan tentang apa yang boleh digunakan daripada wang tersebut.

Sediakan senarai kelebihan yang boleh didapati daripada wang tersebut sekiranya disimpan mahupun digunakan untuk perancangan masa depan.

Peningkatan kos sara hidup, perubahan dan pendidikan juga perlu diberi perhatian terutama dalam keadaan kecemasan.

3. Kongsi minat lain

auto-service-salon-doign-car-wrapping

Selain daripada bertolak ansur, cuba kenal pasti hobi baharu yang pasangan boleh dibuat bersama. Aktiviti seperti memancing, berkhemah atau bercuti.

Alih perhatian pasangan untuk melakukan perkara baharu dan masing-masing mempelajari tentangnya.

Bagaimanapun, jika apa yang dilakukan itu membahagiakan dan tidak menjejaskan hubungan, cuba memahami dan belajar untuk menerima seadanya.

Selagi tidak menjejaskan hubungan atau mendatangkan kemudaratan kepada rumah tangga, tidak salah untuk meneruskan minat masing-masing.

Namun, mereka yang berkahwin perlu menerima ‘kenyataan’ bahawa rumah tangga itu memerlukan persetujuan dan komunikasi dua belah pihak.

Oleh itu kedua-dua perlu main peranankan peranan masing-masing. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram