[VIDEO] Niat tak nak langgar lampu merah, 'rider' tahan sakit terseret atas jalan di Bangsar


  • Tular
  • Jumaat, 25 Nov 2022

Tangkap layar video seorang penunggang motosikal yang berada di lokasi itu nyaris menjadi mangsa kemalangan.

SEORANG penunggang motosikal menahan kesakitan disebabkan brek mengejut selepas 'terkejut' lampu isyarat bertukar merah di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi terbabit.

Berdasarkan video tersebut mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum sempat menekan brek di lampu isyarat terbabit.

Ketika kejadian seorang penunggang motosikal yang berada di lokasi itu nyaris dirempuh apabila sempat mengelak daripada menjadi mangsa.

Selepas kejadian tersebut mangsa dilihat menahan kesakitan sambil terduduk sebelum dibantu orang ramai yang berada di situ.

Difahamkan video berdurasi seminit itu berlaku di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 November lalu.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati orang ramai menasihati lelaki itu agar sentiasa peka dan menjaga keselamatan diri semasa menunggang motosikal.

"Berhati-hati di atas jalan raya abang, kasihan orang tersayang tunggu menanti kepulangan dekat rumah," ujar Mona Allen.

"Mesti dia bawa motor itu laju sangat sebab tak sempat tekan brek dekat lampu isyarat," jelas Haqimi Abib.

"Mungkin sebab jalan itu jarang orang melintas, sebab itu dia bawa laju sahaja, semoga urusan dia dipermudahkan," luah Qayyum Marjoni.

Peringatan buat semua, melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa.

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram