TULAR sebuah video kelihatan seorang bapa bertindak kejam dengan memukul anaknya yang sedang menangis, dipercayai berlaku di Indonesia baru-baru ini.
Video tersebut dirakam oleh salah seorang individu yang berada di tempat kejadian dengan menggunakan telefon pintar.
Berdasarkan video berdurasi dua minit 50 saat, lelaki tersebut pada mulanya sedang menghisap rokok di luar rumah sambil leka menggunakan telefon pintar sebelum anaknya itu menangis.
Namun selepas beberapa saat, dia bangun untuk menarik tali dan dipercayai untuk menutup tingkap rumahnya.
Selepas itu dia bertindak menarik tangan anaknya lalu mencekik dan menampar muka kanak-kanak tersebut dengan kuat sehingga menyebabkan dia menangis.
Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut menarik rambut mangsa dan menekap muka kanak-kanak lelaki itu ke pehanya supaya tidak dapat bernafas.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan, Indonesia.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai menyelar tindakan lelaki tersebut dan ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu itu.
"Ini ayah dari neraka, anak menangis dia boleh pergi tampar macam itu, bukan dia nak tenangkan pun," kata EHS.
"Budak itu tak ada kudrat kau buat macam-macam, tak ada rasa belas kasihan langsung," jelas Syeka Nuraa.
"Budak itu mula-mula diam sahaja kau yang buat dia menangis, geram pula aku," ujar RoToMuTnA CaMaCuRa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram