Selain Annuar dan Shahidan, ini senarai calon BN gugur PRU15


  • Politik
  • Selasa, 01 Nov 2022

Annuar Musa (kiri) dan Shahidan Kassim (kanan) sah tidak bertanding pada PRU15.

SERAMAI lima calon 'heavyweight' Barisan Nasional (BN) sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Khabar angin berhubung penyingkiran calon 'heavyweight' ternyata menjadi kenyataan selepas Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 165 nama calon BN yang akan bertanding pada PRU kali ini.

33b7987b-f85a-42a5-aa21-36589e326fd8

Antara tersenarai sebagai calon gugur adalah penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Kerusi Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sebaliknya bakal ditandingi oleh Ketua Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin.

Seterusnya, kerusi Parlimen Arau juga bakal bertukar tangan, apabila nama Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan daripada senarai calon yang akan bertanding.

Parlimen Arau bakal diisi oleh muka baharu, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

template (76)

Halimah (kiri) dan Dr Adham tidak bernasib baik apabila tidak dicalonkan pada PRU kali ini.

Selain itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Tenggara kepada Ketua Pemuda Umno Tenggara, Manndzri Nasib.

Pada masa sama, BN juga menggugurkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique daripada bertanding di Parlimen Kota Tinggi, sebaliknya ia digantikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara kerusi panas di Parlimen Pekan yang sebelum ini milik Datuk Seri Najib Razak akan diganti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peramu Jaya, Datuk Seri SH Mohamed Puzi SH Ali.

KUALA LUMPUR, 3 Okt –– Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid menjawab soalan pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14, di Bangunan Parlimen hari ini.Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 32 hari hingga 29 Nov.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mastura antara senarai gugur pada PRU15.

Turut digugurkan adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran); Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin); dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

file7nfj7j4l0zpa8j0ja0o

Antara pemimpin BN yang hadir ketika pengumuman nama calon parti itu pada Selasa.

Perkara itu diumumkan ketika satu majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di ibu negara yang dihadiri ribuan penyokong dan pucuk pimpinan parti termasuk Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelancaran secara rasmi itu turut dihadiri beberapa ahli majlis kepimpinan tertinggi BN termasuk Naib Pengerusi, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Bendahari Agung, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Berikut adalah senarai penuh calon BN yang bertanding PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan tempoh berkempen selama 14 hari.

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram