Tiga kerusi 'panas' Perak boleh Mutalib Uthman letak nama sebagai calon, tetapi belum tentu menang


  • Politik
  • Selasa, 01 Nov 2022

Mutalib Uthman meminta maaf selepas dirinya tidak dapat bertanding di Parlimen Tapah pada PRU15.

NAMA Pengerusi parti MUDA Perak, Mutalib Uthman baru-baru ini tular di media sosial selepas dia mengumumkan dirinya bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) di Parlimen Tapah, Perak.

Namun, dia menarik balik pengumuman tersebut dan memohon maaf kerana kerusi di Parlimen itu sepatutnya milik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Walaupun begitu, Mutalib memaklukan yang dia akan tetap bertanding dalam PRU15 kali ini namun tidak mendedahkan Parlimen mana.

"Saya akan bertanding di kerusi luar bandar dan kerusi milik menteri yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Melihat kepada senarai Parlimen yang ada di Perak, nampaknya semua kerusi sudah mempunyai calon dari Pakatan Harapan (PH) iaitu parti DAP, PKR dan Amanah.

Tidak hairanlah seperti tiada ruang untuk Mutalib bertanding dalam PRU15 kali ini di Perak.

Malah, penganalisis politik, Mujibu Abd Muis mengakui amat sukar untuk MUDA membuat keputusan mencalonkan wakil mereka dalam PRU15.

"Kita kena tengok pada situasi yang mana MUDA baru menyertai PH dan bergantung harap kepada jentera PH untuk PRU15.

"MUDA tidak mempunyai jentera yang kuat untuk bertanding dan pengalaman yang dimiliki parti lain dalam PRU jauh lebih lama berbanding mereka.

"Namun berdasarkan penelitian, MUDA dilihat boleh memberi pengaruh terutamanya di kawasan urban dan semi urban," katanya kepada Majoriti.

Melihat kepada 24 Parlimen yang ada di Perak, berikut Majoriti senaraikan tiga lokasi yang Mutalib boleh bertanding, tetapi belum tentu dapat menang dengan majoriti mudah.

Dr.-Noor-Azmi-Ghazali-resize

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

Bagan Serai

Bagan Serai boleh disifatkan sebagai kawasan urban yang boleh ditandingi MUDA tetapi penyandang Parlimen itu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali juga nampaknya begitu yakin akan kekal di kawasan itu.

Malah, Noor Azmi juga memaklumkan yang dia sedia mencalonkan dirinya sebagai calon bebas jika tidak dipilih oleh Perikatan Nasional.

Noor Azmi juga merupakan anak tempatan di Bagan Serai, eleman yang cukup kuat untuk Noor Azmi kekal sebagai penyandang buat kali ketiga.

Mutalib boleh mencuba nasib bertanding di kawasan itu namun lawannya bukan calang-calang orang.

HOward-lee-2

Howard Lee

Ipoh Timur

Kawasan ini boleh diibaratkan sebagai lokasi urban di Perak namun Ipoh Timur dan Ipoh Barat adalah kubu kuat DAP.

Sokongan terhadap DAP sangat tinggi dan disebabkan itu juga, DAP sanggup memperkenalkan calon baharunya di Ipoh Timur iaitu Howard Lee.

Namun, Howard Lee juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan pengundi Melayu. Kepekatan dialek Perak yang dimilikinya menjadi daya tarikan untuk dirinya.

Mutalib boleh mencuba nasib tetapi harus berdepan dengan penyokong DAP yang tidak mungkin akan berpihak kepadanya.

553 (14)

Ahmad Termizi Ramli

Kuala Kangsar

Satu lagi kawasan yang boleh ditandingi Mutalib ialah Kuala Kangsar, lokasi semi urban yang ada di Perak.

Lokasi ini menyaksikan PH meletakkan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Ahmad Termizi Ramli sebagai calon.

Mutalib boleh mencuba nasib di kawasan ini tetapi harus diingat, Ahmad Termizi mempunyai jentera yang kuat di belakangnya.

Agak sukar sebenarnya untuk Mutalib, muka yang baru nak diperkenalkan bertanding dengan seseorang yang lebih otai daripadanya di sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

politik, mutalib uthman, pru15, amanah, DAP, PKR, parlimen, perak,