KEPERIBADIAN pengguna jalan raya tidak hanya diambil kira menerusi pematuhan lalu lintas, tetapi cara pemakaian di tempat awam juga penting.
Namun, ada ketikanya tatasusila pemakaian tidak diendahkan penunggang motosikal, apabila dilihat dalam keadaan bogel di Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran stesen minyak, Taman Semabok Perdana, dekat Melaka Tengah, Melaka.
Dalam kejadian pada Rabu, penunggang lelaki yang dipercayai menghidap sakit mental itu dilihat hanya memakai topi keledar dan berselipar.
Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai respons daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya khuatir akan kesihatan mental penunggang terbabit yang melakukan aksi tidak waras itu.
Lawrence Lee berkata, sekiranya video itu sudah sampai kepada pihak berwajib, mereka harus mengambil tindakan ke atas penunggang itu.
"Nampaknya dia macam tak waras. Risau selepas video ini tular, keselamatan lelaki itu tergugat kerana dibuli orang yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Selain itu, Mariam Arisa berkata: "Sebelum ini saya pernah terserempak lelaki ni beberapa kali. Malu bila ternampak aurat dia. Takkan nak biarkan lama-lama macam ni? Pihak berkuasa kena ambil tindakan."
Malah, ada juga yang memberi komen secara sinis terhadap tindakan lelaki terbabit.
Yee Jessie mengejek: "Uncle berkata: Hari ni cuaca terlalu panas. Cara ni lagi redakan kepanasan."
Mohd Rosli berkata: "Helmet dan selipar wajib ya. Baju tak pakai pun tak apa."
Sementara itu, Raden Rayyan mendakwa, lelaki tersebut tinggal di Teluk Emas, Melaka bersama orang tuanya.
Katanya, kejadian sama berulang kerana dia tidak mengambil ubat.
Setakat ini, video tersebut mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram