TINDAKAN dua orang wanita membuat kecoh dengan bergaduh semata-mata untuk merebut peralatan senaman di sebuah gim di New Delhi, India pada Ahad mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 28 saat sebelum tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, kejadian berlaku itu bermula apabila seorang wanita berbaju hijau tiba-tiba memotong que menggunakan peralatan gim tersebut tanpa mengendahkan wanita berbaju hitam yang sedang menunggu.
Tindakan wanita terbabit menyebabkan wanita berbaju hitam tidak berpuas hati sebelum berlaku insiden tolak-menolak dan 'acara' tarik rambut antara kedua-dua mereka.
Bagaimanapun, pergaduhan dileraikan beberapa individu lain di gim berkenaan dan tiada maklumat lanjut berhubung keadaan kedua-dua wanita terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjadikan video pergaduhan tersebut sebagai bahan jenaka.
"Kalau macam ini baik tak payah workout, penat bayar duit yuran gim tersebut. Memalukan sahaja perangai macam ini," jelas Jimmy.
"Ni baru berebut alat gim, macam mana la pula kalau rebut suami orang," luah Boy Sanskari.
"Benda boleh selesaikan elok-elok nak juga bergaduh, penat dapat, sakit dapat, malu pun dapat," kata Bruce Wayne.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram