SEORANG lelaki dipercayai mabuk nyaris maut selepas terjun dari ketinggian 20 meter dalam kejadian di Telaga Punggur, Batam, Indonesia pada Selasa.
Kejadian berjaya dirakam menerusi sebuah video berdurasi 47 saat sebelum tular di media sosial.
Menerusi video berkenaan, seorang lelaki tiba-tiba memanjat dan terjun dari jambatan sebelum terjatuh di atas sebuah kereta.
Keadaan lelaki terbabit selepas terjun dari ketinggian 20 meter.
Mangsa bagaimanapun terselamat dan mampu berjalan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti dan berpunca akibat terlalu mabuk.
"Apakah motif dia terjun dari ketinggian 20 meter dan tidak mengalami sebarang kecederaan," luah Patmahali.
"Takut tengok video dia terjun sebab tinggi sangat, kesian juga dekat pemilik kereta yang terpaksa menanggung kerugian," kata Hartino.
"Rasanya sebab mabuk atau dadah sampai sanggup dia lompat macam tu, manusia normal tak buat macam tu," jelas Wong.
"Ngeri tengok tapi elok pula dia keluar dari kereta macam tak ada apa-apa. Ilmu apa agaknya dia pakai," kata Siti Martini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram