[VIDEO] Kecoh! Penumpang mabuk ganyang pramugara dalam pesawat


  • Tular
  • Rabu, 12 Okt 2022

Penumpang pesawat tersebut bertindak ganas dengan memukul salah seorang pramugara yang berada di dalam pesawat itu.

SEBUAH pesawat Turkish Airlines TK 56 yang melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia dilapor lewat tiba ke Turkiye pada Selasa.

Jurucakap polis Metro Jaya, Endra Zulpan berkata, kelewatan itu berlaku gara-gara kekecohan yan dicetuskan seorang penumpang warga Indonesia selepas didapati mabuk.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, penumpang tersebut, yang dikenali sebagai MJJB pada mulanya diminta untuk menjaga perilakunya tetapi terus bertindak di luar kawalan.

"MJJB bertindak ganas dengan memukul salah seorang pramugara yang berada di dalam pesawat tersebut," katanya.

Tidak berdiam diri, pramugara itu juga dilihat membalas semula kekasaran yang dilakukan oleh MJJB.

Zulpan berkata, kejadian itu seterusnya menimbulkan kemarahan penumpang lain yang berada dalam pesawat berkenaan, yang turut bertindak menyerang lelaki mabuk itu.

MJJB juga dilaporkan mengalami beberapa kecederaan.

Video mengenai kekecohan di dalam pesawat itu sempat dirakam dan tular di media sosial.

Selepas kejadian itu, sambungnya, syarikat penerbangan terbabit memutuskan untuk segera menurunkan MJJB di Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara.

Dia kemudian dirawat di Klinik Kesihatan Pelabuhan Kualanamu, Sumatera Utara.

Pesawat berkenaan kemudian berpatah balik ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta sekitar pukul 7.05 malam sebelum berlepas ke Turkiye pada hari sama.

"Pesawat Turkish Airlines TK 56 yang sepatutnya berlepas pada pukul 9.05 malam ditangguh pada 10.05 malam," kata Zulpan.

Bagaiamanpun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu ditahan pihak berkuasa atas tindakannya itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram