[VIDEO] Tak hirau kereta lalu-lalang di Desa Mentari, lelaki lagak berani mati selamba baring atas jalan


  • Tular
  • Rabu, 12 Okt 2022

Tangkap layar memaparkan seorang individu berbaring di tenagn jalan raya baru-baru ini.

SATU video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang disyaki mabuk berbaring di tengah jalan pada Selasa malam mengundang persoalan orang ramai.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Blok 4 Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya.

Insiden itu berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut dan mula tersebar melalui aplikasi Telegram Update Info sejak Rabu.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berbaju putih itu hanya terbaring di tengah jalan dan tidak mengendahkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Turut kedengaran ada pemandu meminta lelaki tersebut untuk bangun dan tidak menghalang laluannya.

"Jangan pura-pura, cepat bangun.

"Cepat jalan, aku mana boleh jalan. Ada kamera," katanya.

Pemandu tersebut kemudiannya mengundurkan keretanya untuk mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Tidak lama selepas itu, individu berkenaan terus bangun dan beredar dari tempat berkenaan setelah menyedari kereta tersebut mempunyai dashcam.

Menjengah ke ruangan komen, Ahmad mengesyaki individu tersebut berada dalam keadaan mabuk.

"Nampak macam mabuk, kalau tidak mana dia berani buat macam itu," katanya.

Manakala Edmund pula menyifatkan perbuatan lelaki berkenaan boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.

"Tak ada akal, kalau kemalangan kan dah menyusahkan orang lain. Macam jalan bapak dia buat macam itu," tulisnya.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram