Lelaki patah kaki, terjun dari jejambat di Sungai Buloh


  • Tular
  • Selasa, 27 Sep 2022

Tangkap layar keadaan lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari jejambat.

SEORANG lelaki patah kaki selepas dipercayai terjun dari jejambat susur keluar Hospital Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Menerusi sebuah video berdurasi lima saat itu memaparkan seorang lelaki terbaring kesakitan di tengah jalan selepas dipercayai terjun dari laluan tersebut.

Menurut @nan Manjoi8715, lelaki terbabit dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari jejambat tersebut namun gagal.

"Cubaan bunuh diri, terjun dari jambatan tapi gagal. Mangsa patah kaki.

"Kejadian berlaku di jambatan susur keluar Hospital Sungai Buloh, Selangor namun tiada info lanjut," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kita belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian ini namun siasatan akan dilakukan sekiranya polis menerima maklumat," katanya kepada Majoriti pada Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram