Anak sulung Tunku Abdul Rahman, Tunku Khadijah meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat kanser paru-paru


  • Primer
  • Selasa, 16 Ogos 2022

Gambar kenangan Allahyarham Tunku Khadijah (kiri) dalam satu majlis di ibu negara pada 2017.

ANAK sulung Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tunku Khadijah meninggal dunia pada 6.50 petang pada Isnin akibat kanser paru-paru.

Anak Allahyarham, Datin Seri Sharifah Menyalara Hussein berkata, ibunya meninggal dunia pada usia 89 tahun di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

"Ibu meninggal selepas hanya beberapa jam dimasukkan ke hospital. Ibu sebelum ini telah didiagnos dengan kanser paru-paru tahap akhir pada awal tahun,” katanya.

Menurutnya, jenazah Tunku Khadijah dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat zuhur pada Selasa.

Tunku Khadijah yang meninggalkan tiga orang anak termasuk Sharifah dan tujuh orang cucu, sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada Oktober ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram