Pemain bola sepak dituduh rogol gadis di PCB bebas dengan jaminan polis


  • 112
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Kes ini akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera dalam masa terdekat.

SEORANG pemain bola sepak liga tempatan yang ditahan pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 18 tahun di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu, Kelantan dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemain tersebut dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 2.30 petang Jumaat.

"Kertas siasatan berkait dengan kes ini sudah dalam tindakan. Kes ini akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Selasa, media melaporkan polis menahan seorang pemain bola sepak bagi membantu siasatan berhubung kes rogol.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan PCB selepas mangsa membuat laporan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram