Suspek rogol usahawan tudung 18 tahun bukan pemain Kelantan FC


  • Podium
  • Khamis, 02 Jun 2022

Kelantan FC mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes rogol tersebut.

KELANTAN FC mengesahkan bahawa tiada pemain pasukan itu ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di Kota Bharu, Kelantan, pada Ahad lepas.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Qusmaini Noor Rosli berkata, perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.

"Kami (Kelantan FC) mengesahkan bahawa tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

285002261_7526460027424439_740758986771224145_n

Kenyataan media berhubung dakwaan penahanan pemain Kelantan FC bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, di Kota Bharu, pada Ahad lepas. — Facebook

Sebelum ini, media melaporkan suspek seorang pemain bola sepak liga tempatan berusia 28 tahun ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), selepas mangsa yang berusia 18 tahun membuat laporan polis.

Qusmaini berkata, Kelantan FC juga mengambil serius tohmahan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap pasukan itu berikutan kes tersebut.

"Kelantan FC telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang menabur fitnah kepada pemain pasukan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram