Isteri Wan Junaidi meninggal dunia


  • Primer
  • Jumaat, 27 Mei 2022

Datin Seri Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak.

DATIN Seri Feona Sim @ Norjanah, 70, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada pukul 6 petang Jumaat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Wan Junaidi, jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi dan solat jenazah akan diadakan pada pukul 9 pagi Sabtu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Sarawak.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi pada 9 September 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalaman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram