KAWASAN pantai di Selangor diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kejadian air pasang sehingga 5.1 meter (m) yang dijangka berlaku 13, 14 dan 15 Jun ini, dengan kemungkinan berlaku banjir kilat sekiranya hujan lebat dalam tempoh itu.
Pusat Hidrografi Nasional di Pelabuhan Klang berkata, fenomena air pasang besar itu diramalkan pada petang tiga hari tersebut.