'Statement Sanusi bab gaji agak pedih, tapi itu hakikat kena tanggung'


  • Podium
  • Sabtu, 28 Mei 2022

Perak FC antara kelab yang pernah berdepan masalah pembayaran gaji tertunggak berikutan kemelut kewangan dihadapi skuad itu awal musim ini.

MESKIPUN Liga Malaysia kini meletakkan syarat penswastaan penuh kepada mana-mana kelab memperoleh lesen liga, penglibatan kerajaan negeri masih lagi tidak dapat dielakkan oleh sesetengah pasukan berikutan faktor kos yang tinggi.

Ada penyokong bola sepak tanah air merasakan itulah hakikat yang perlu ditanggung oleh kelab-kelab kecil demi mengimbangi kewangan semasa.

Pendapat itu sebagai menyokong kenyataan Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menjelaskan mengapa dua pemain legenda Kedah Darul Aman FC meninggalkan pasukan berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua pemain tersebut memiliki tangga gaji yang tinggi dan melepaskan mereka merupakan antara cara kewangan semasa kelab dapat diseimbangkan.

Pada masa sama, beliau mendakwa gaji super elit menyebabkan banyak pasukan yang bersaing menghadapi masalah kewangan yang turut mengheret kerajaan negeri masing-masing dalam kancah kemelut gaji pemain bola sepak.

perak fc

Tangkap layar komen Mohd Fareez terhadap isu penstrukturan gaji. — Facebook

Seorang peminat bola sepak tanah air, Mohd Fareez Akmal berasakan situasi itu akan menimpa kelab-kelab kecil apabila terperangkap dalam isu seperti penarikan semula penajaan.

"Baru-baru ni kecoh mengenai struktur gaji pemain di kelab-kelab besar mempengaruhi struktur gaji kelab-kelab kecil.

"Penstrukturan gaji pemain adalah mengikut tahap kewangan setiap kelab di mana tiada limitation di luar negara mahupun di dalam negara mengikut 'kemampuan' masing-masing," katanya di Facebook Semuanya BOLA Group.

Cuma di Malaysia, kata Mohd Fareez, tajaan dan pendapatan kelab tidak terlalu besar dan sering sekali terperangkap apabila penaja tarik diri.

"Akhir sekali ia membabitkan duit kerajaan negeri...agak tidak adil untuk menghalang kelab besar memberikan gaji yang tinggi kerana sememangnya dalam kemampuan mereka.

"Ia juga dengan melihat semula nilai pasaran semasa pemain yang berkadaran dengan gaji.

"Kenyataan Sanusi agak pedih, tapi itulah hakikat yang kena tanggung...lebih baik melepaskan pemain bergaji mahal untuk menanggung lima orang pemain yang berpotensi. Secara tidak langsung kewangan kelab lebih seimbang," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram