'Horizon', 'God of War' dan 'Gran Turismo' bakal difilemkan


  • eSports
  • Sabtu, 28 Mei 2022

Sony dalam pelan mengadaptasi video permainan mereka ke dunia perfileman dan siri TV. — Agensi

TIGA siri televisyen baharu daripada tiga francais permainan video (game) popular PlayStation sedang dalam pembikinan, dan ia disahkan CEO Sony Pictures Entertainment iaitu Tony Vinciquerra ketika membentangkan laporan syarikat tersebut kepada para pelabur, lapor Variety.

Tiga game yang sedang dalam pembikinan untuk diadaptasi ke televisyen itu adalah Horizon Zero Dawn, Gran Turismo dan God of War.

Siri televisyen Horizon Zero Dawn sedang dalam pembikinan oleh Netflix, manakala siri televisyen Gran Turismo pula masih belum mempunyai pengedarnya. Kedua-dua projek ini masih berada dalam fasa pembangunan awal.

Menurut Variety, Gran Turismo akan diadaptasi ke siri televisyen, tetapi kalau menurut laporan Deadline pula, dakwaan tersebut dikatakan tidak tepat kerana sumber mengatakan ia sedang diadaptasi ke dalam bentuk filem.

Dalam

Sony telah menyediakan 10 filem yang diadaptasi daripada permainannya. — Agensi

Menurut Deadline lagi, Neill Blomkamp sedang dipertimbangkan untuk mengarah filem Gran Turismo dan antara filem yang pernah beliau arahkan sebelum ini adalah District 9, Elysium, Chappie dan Demonic.

Siri God of War pula tentunya sudah kita dengar sebelum ini, yang mana laporan mengenainya sudah didedahkan pada Mac lalu dan siri rancangan televisyen itu sedang dalam kerjasama bersama Amazon Prime Video.

Butiran mengenai tiga projek itu masih kurang buat masa ini, dan masih belum diketahui siapa yang akan melakonkan watak Aloy, Kratos, Atreus dan watak-watak lain, Sony juga merancang untuk membuat rancangan televisyen bagi Gran Turismo.

Bagi yang tidak tahu, Sony sememangnya sedang dalam pelan mengadaptasi video permainan mereka ke dalam filem dan televisyen. Selain tiga projek ini, Sony juga sedang melakukan siri TV The Last of Us (HBO), Twisted Metal (Peacock) dan filem Ghost of Tsushima.

Pada bulan Februari yang lalu, Sony telah mengeluarkan sebuah filem yang diadaptasikan dari permainan video iaitu Uncharted di pawagam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram