Samseng Proton Waja pakai plat palsu, pukul kepala pemandu lain


  • Tular
  • Isnin, 02 Mei 2022

Tangkap layar video kejadian memaparkan pemandu kereta Proton Waja memukul pemandu kereta Proton Saga.

SIKAP samseng segelintir pengguna jalan raya seperti tiada pengakhiran apabila sikap membuli seolah-olah menjadi perkara biasa.

Lebih teruk, pembuli jalan raya ini seolah-olah 'play victim' atau menganggap dirinya sebagai mangsa meskipun mereka yang membuat kesalahan.

Baru-baru ini, dua lelaki yang menaiki kereta Proton Waja bertindak biadab apabila mengundurkan kereta dan sengaja merempuh sebuah Proton Saga lama yang berada di belakangnya.

Menerusi satu video tular, pemandu Proton Waja tersebut dilihat merempuh Protok Saga itu, sekali gus menyebabkan kereta buatan Malaysia pertama tersebut kemik di bahagian hadapan.

Pelanggaran itu seterusnya menyebabkan kedua-dua kereta berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun dua lelaki dari Proton Waja itu dilihat bertindak menyerang pemandu lelaki Proton Saga, yang mana salah seorang lelaki dari Proton Waja itu memukul kepala mangsa, manakala seorang lagi menghampiri mangsa sambil menunding jari seolah-olah memberi amaran keras.

Sementara itu, wanita dari Proton Saga itu yang difahamkan isteri kepada mangsa kelihatan ketakutan dan menuju ke seberang jalan bagi mengelakkan dirinya diserang.

Pada masa sama, berlaku aksi pertengkaran antara semua individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Seorang penunggang motosikal yang menyaksikan kekecohan itu berhenti di tepi jalan dan serta-merta menghampiri lokasi kejadian.

Sambil membawa sebuah topi keledar bagi tujuan pertahanan diri, penunggang itu bertindak meleraikan pergaduhan sebelum kedua-dua lelaki dari Proton Waja itu berlalu pergi.

Kejadian itu turut disaksikan pengguna jalan raya lain selain tular di media sosial ketika ini.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Saratok, Sarawak, manakala masa kejadian masih belum dikenal pasti.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Noorkazairie berkata, dia hampir melanggar kereta Proton Waja tersebut ketika berada di tempat kejadian.

"Dari keluar Viva aku ngepong dua buah kereta tok. Berpanah atas jeraya (jalan raya). Dah perempuan dalam kereta hitam (Proton Saga) bunting (mengandung).

"Kereta Waja ya belit-belit cerita time ya pdh driknya betul.

"Sekali siasat, Waja yang sengaja cari pasal.

"Mun tauk dari awal kau salah tak tiada cerita. Nak jadi samseng jangan dua lawan satu. Mun maok benar (Kalau rasa diri betul) jangan cabut bossku," katanya yang menulis dalam loghat Sarawak.

Dalam perkembangan terkini, Mohd Noorkazairie berkata, nombor pendaftaran kereta Waja iaitu QAA 4403 S adalah palsu.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram