TULAR di media sosial sejak Sabtu apabila seorang lelaki dirakam tidak 'segan silu' membuang air besar di tempat awam.
Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter, @mAAdJimi, kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah.
Video berdurasi 13 saat itu mendapat 45,200 tontonan ketika artikel ini ditulis.
Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet berseloroh tentang perlakuan individu berkenaan.
"Awat teruk sangat orang Sungai Petani ini. Apa nak jadi buang air besar merata," kata pengguna Twitter, @Ezhar_At.
"Apa bendalah. Dekat Maybank Sungai Petani ada saja tandas.
"Boleh saja pergi dulu," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @nfishziqq.
Perlakuan individu itu disifatkan tidak elok kerana Malaysia memiliki fasiliti tandas yang banyak di merata tempat.
Majoriti sedang cuba mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram