Pemandu Alphard pandu secara berbahaya direman tiga hari


  • 112
  • Isnin, 02 Mei 2022

Rakaman video yang tular memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan. Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/200762/BERITA/Semasa/Pemandu-Toyota-Alphard-tular-pandu-berbahaya-direman-tiga-hari © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

SEORANG pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak direman tiga hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, lelaki berusia 43 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman pada Isnin.

"Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini (Isnin) sehingga Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, media melaporkan, polis telah menahan seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Lelaki itu ditahan di perkarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada pukul 2 petang.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan serta melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram