BULAN puasa bukan hanya menuntut umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga hawa nafsu serta perasaan negatif.
Bagaimanapun, tidak semua manusia mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna terutama apabila seseoang terlalu mengikut perasaan.
Sebuah video tular di media sosial Facebook memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai sedang membeli-belah di sebuah kompleks perniagaan untuk persiapan Aidilfitri.
Video berdurasi 21 saat itu memaparkan seorang wanita yang terpekik terlolong didepan seorang pembantu kedai dipercayai warga Bangladesh yang difahamkan seolah-olah menuduhnya mencuri pakaian.
Berdasarkan video itu, wanita tersebut mengatakan pekerja berkenaan bertanya kepadanya dengan nada suara yang kuat sama ada pakaian yang dipegangnya sudah di bayar atau sebaliknya.
"Kau jerit sekuat hati, banyak kali tanya, sudah bayar ke belum," katanya.
Seorang lagi wanita berbaju putih turut mengatakan tindakan pekerja asing itu meninggikan suara menyebabkan mereka menjadi tumpuan orang ramai yang ada di situ.
Majoriti cuba berhubung dan menunggu respons dengan individu yang berkongsi video berkenaan untuk mengetahui cerita sebenar tentang apa yang terjadi,
Bagaimanapun, merujuk kepada ruangan komen ada pihak yang mengatakan wanita berkenaan 'kantoi' mencuri baju dan ada juga yang mengatakan pergaduhan itu berlaku kerana masalah duit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram