Pemandu Alphard tunjuk samseng di lebuh raya, betul ke ada banyak saman tertunggak?


  • Tular
  • Ahad, 01 Mei 2022

Tangkap layar aksi berbahaya yang dilakukan oleh pemandu Alphard tersebut. — Facebook

TINDAKAN seorang individu yang membawa kereta secara berbahaya di lebuh raya baru-baru ini, tular di media sosial.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan pemandu kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan melakukan pelbagai tindakan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter, @MALAYSIAVIRALL, didakwa kenderaan berkenaan mempunyai lapan saman jalan raya berjumlah RM1,950 yang masih belum dijelaskan.

Malahan, pengguna sama turut mendedahkan individu terbabit pernah menyebabkan kemalangan melibatkan motosikal pada 2020.

Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @AbangLadang menasihati agar tidak 'melayan' individu seperti itu.

"Kalau ada keluarga dalam kereta, eloknya cuba kurangkan provokasi sebegini.

"Jika jumpa samseng yang tak fikir panjang, boleh akibatkan kecederaan," katanya.

Wajah pemandu kenderaan terbabit yang sempat dirakam. — Facebook

Bagi pengguna Twitter, @Bitterfingerss, dia mempersoalkan mengapa individu yang memiliki lapan saman jalan raya masih bebas.

"Kenapa orang ada saman sebanyak ini boleh bebas lagi.

"Tak ada ke undang-undang yang boleh dia duduk dalam, tak keluar-keluar dah," ujarnya.

Majoriti masih cuba mendapatkan komen atau kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Alphard, dashcam, tular, polis, PDRM, samseng, lagak, lebuh raya