Penduduk Kerteh gelabah, seminggu nampak kelibat harimau kumbang di kawasan perumahan


  • Tular
  • Sabtu, 30 Apr 2022

Tangkap layar video harimau kumbang (dalam bulatan) yang sempat dirakam oleh orang awam.

KEHADIRAN seekor harimau kumbang yang berkeliaran di kawasan perumahan menggusarkan penduduk, yang tinggal di Perumahan Rantau Bukit Petronas, Kerteh, Terengganu baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dipercayai dirakam pada 8.28 malam Jumaat, haiwan buas berkenaan kelihatan berlegar-legar di salah sebuah rumah dekat kawasan perumahan tersebut.

Difahamkan, haiwan itu yang dianggarkan seberat kira-kira 40 kilogram di kawasan tersebut dikesan selama minggu.

Dalam video berasingan yang dirakam oleh orang awam, harimau kumbang itu dilihat telah ditangkap dan ditempatkan di dalam sebuah sangkar.

Menurut sumber, ia berjaya ditangkap oleh Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu pada awal pagi Sabtu.

Majoriti masih cuba mendapatkan Jabatan Perhilitan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tangkapan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram