Polis tahan warga Myanmar simpan rokok tanpa cukai kastam


  • 112
  • Ahad, 30 Jan 2022

ANTARA rokok tanpa cukai kastam yang dirampas pada Sabtu.  —PDRM

SEORANG lelaki warga Myanmar ditahan, manakala 110 karton rokok pelbagai jenis tanpa cukai kastam benilai kira-kira RM14,500 dirampas pihak polis di sebuah kedai di pekan Kamunting, Bandar Kamunting, dekat Taiping, Perak pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan semasa pemeriksaan dilakukan anggota Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan serta anggota Balai Polis Kamunting, pada kira-kira 8 malam.

"Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki itu mengaku adalah pemilik kepada kesemua barang rampasan tersebut serta hasil permeriksaan mendapati lesen perniagaan kedai runcit adalah atas nama isterinya," katanya dalam satu kenyatan pada Ahad.

Osman berkata, suspek yang mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah direman empat hari sehingga Rabu depan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, rokok, Osman Mamat, kastam, Myanmar, Polis Marin