
INDIA dan Pakistan disahkan bersetuju memeterai perjanjian gencatan senjata selepas rundingan diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik antara dua negara tersebut.
Ia susulan pertempuran berminggu-minggu yang dicetuskan oleh serangan yang membunuuh puluhan pelancong bulan lalu.
Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump memberitahu bahawa India dan Pakistan sudah bersetuju dengan keputusan itu.
BACA LAGI: Pakistan lancar serangan balas, bom 3 pangkalan udara India
BACA LAGI: Syarikat penerbangan Asia ubah, batal penerbangan susulan peningkatan konflik India-Pakistan
Keputusan melakukan gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta. — Agensi
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, Brian Hughes menerusi ciapan di aplikasi X pada Sabtu gembira mengumumkan perkara tersebut.
"Tahniah kepada kedua-dua negara kerana menggunakan common sense dan kecerdasan yan tinggi.
"Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini," tulisnya.
Sementara itu, Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dilaporkan mengesahkan pengumuman tersebut.
"Pakistan dan India bersetuju untuk gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta.
"Pakistan sentiasa berusaha untuk keamanan dan keselamatan di rantau ini tanpa menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayahnya," katanya dalam satu hantaran di X. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram