[VIDEO] 'Makasih banyak bang', negara jiran mahu junjung semangat kemanusiaan seperti aksi pemancing Malaysia selamatkan nelayan Indonesia


  • Massa
  • Jumaat, 09 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan nelayan Indonesia diselamatkan pemancing Malaysia pada November 2024.

VIDEO kejadian sekumpulan pemancing Malaysia menyelamatkan empat nelayan Indonesia di perairan Indonesia pada November 2024 kini tular semula di media sosial.

Lebih mengejutkan apabila video tersebut menerima pujian ramai rakyat Indonesia.

Rata-ratanya bersyukur kejadian itu mampu membuktikan hubungan baik antara dua negara.

BACA LAGI: Tabiat masih cenderung pilih beras ikut jenama, kerajaan naikkan had beli 5 kampit BPT — Mat Sabu

BACA LAGI: [VIDEO] Isteri tertolak gear waktu suami bayar tambang feri punca kereta terjunam ke dalam Sungai Kelantan

 

 

 

 

"Hormat buat pemancing Malaysia yang sudah tolong. Buat semua yang tak suka Malaysia lihat ini. Tangan abangnya sampai pucat.

"Terima kasih banyak bang meskipun sering terjadi kontroversi antara negara, kita harus selalu mengutamakan kemanusiaan," tulis @somexthread.

"Terima kasih kawan Malaysia," komen @Darmaputrackr.

"Menyelamatkan bukan lagi tentang nasionalisasi atau negara apa, tetapi tentang kemanusiaan dan harus menjadi manusia seutuhnya untuk nahu menolong," tambah @CH_35_07.

Pada 20 November 2024, mereka yang sedang memancing dengan segera membawa bot yang dinaiki mendekati keempat-empat individu itu.

Dalam video tersebut, bot yang dinaiki keempat-empat nelayan warga Indonesia itu karam selepas dilanggar sebuah kapal di sekitar perairan negara jiran itu.

Keempat-empat warga negara jiran itu sudah berada di laut selama empat hari tanpa makan dan minum.

Susulan itu, pemancing yang terdiri daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima sijil penghargaan khas daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana memberi bantuan pantas.

Individu yang menerima sijil penghargaan khas itu ialah Muhammad Afiq Sazali, Luqman Al Hakim Mohd Sabri, Mohamad Khushairi Mohamad Zuki, Muhammad Afif Abdul Rahman, Syed Fernarsh Syed Badlishah, Muhammad Syukri Yuhanda dan Ismail Ibrahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram