'Mungkin belum bombastik', usaha Adam Adli bantu penduduk sangkal dakwaan tak nampak bawa perubahan di Hang Tuah Jaya


  • Massa
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Sikap Adam Adli (baju putih) dipuji apabila sentiasa membantu penduduk Hang Tuah Jaya, Melaka tanpa mengira waktu dan tempat.

USAHA berterusan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka, Adam Adli dalam menyalurkan bantuan kepada penduduk berjaya menyangkal dakwaan dan perspektif negatif yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan bahawa tiada sebarang bayang perubahan dapat dilihat di kawasan kelolaan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Namun, dakwaan itu pantas disangkal oleh pengguna Twitter @Injang_Nation yang berkongsi pengalaman apabila keluarganya dibantu oleh Adam dan pasukannya menerusi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya.

BACA LAGI: Lelaki terkejut jumpa serpihan kaca dalam soto, bengang respons pemilik mengaku pengisar pecah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Makasih banyak bang', negara jiran mahu junjung semangat kemanusiaan seperti aksi pemancing Malaysia selamatkan nelayan Indonesia

 

 

 

 

 

Menurutnya, keluarga mertuanya yang juga merupakan penduduk kawasan itu antara individu pernah dibantu oleh pihak Adam.

"Daripada segi perubahan lain aku tak pasti, tetapi kalau kata bayang dia langsung tak nampak, aku rasa sangat terpanggil untuk sangkal.

"Sebab Adam tolong bukan sekadar bagi bantuan sekali (one-off) tetapi dia dan pasukan bagi pertolongan berterusan dan siap ambil tahu perkembangan semasa waktu bapa mertua aku mula sakit teruk sampailah meninggal dunia.

"Tak ingat berapa kali dia turun sendiri melawat arwah tanpa kira tempat dan waktu," tulisnya.

Malah, ketika bantuan diberikan, Adam juga tidak mengetahui bahawa individu berkenaan adalah ahli keluarga kepada pengguna terbabit.

"Aku sendiri pun ada juga bercanggah pendapat dengan Adam secara terbuka walaupun di media sosial.

"Tetapi tak ada pula dia simpan dendam. Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk jumpa Adam sendiri dan ucap terima kasih padanya secara bersemuka.

"Dia mungkin belum buat perkara bombastik atau ekstravaganza sebagai seorang Ahli Parlimen atau Timbalan Menteri, tetapi sebagai manusia, dia memang jalankan tanggungjawab dengan sangat baik.

"Tiada beza pun dengan zaman dia bergiat aktif sebagai aktivis dahulu. Walaupun sekarang sandang pelbagai jawatan tinggi, dia masih Adam yang sama, tak sombong dan sentiasa membantu," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram