
BEBERAPA syarikat penerbangan Asia pada Rabu mereka mengarahkan semula atau membatalkan penerbangan ke dan dari Eropah kerana peningkatan konflik antara India dan Pakistan.
India mula menyerang Pakistan dan wilayah Kashmir ditadbir oleh negara jirannya itu pada Rabu.
Pada masa sama, Pakistan dilapor menembak jatuh lima jet pejuang India dalam pertempuran terburuk dalam lebih dua dekad antara dua negara musuh bersenjata nuklear itu.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
EVA Air Taiwan berkata, ia akan menyesuaikan penerbangannya ke dan dari Eropah untuk mengelakkan ruang udara terjejas akibat pertempuran antara India dan Pakistan atas sebab keselamatan.
Satu penerbangan dari Vienna akan dilencongkan kembali ke bandar itu, manakala penerbangan dari Taipei ke Milan akan dilencongkan ke Vienna untuk mengisi minyak sebelum meneruskan ke destinasinya, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan kepada Reuters.
Pemandangan bandar Muzaffarabad di Kashmir yang ditadbir Pakistan pada Rabu. — Agensi
Korean Air berkata, ia mula mengubah laluan penerbangan Seoul Incheon-Dubai pada Rabu dengan memilih laluan selatan yang merentasi Myanmar, Bangladesh dan India, serta bukannya laluan sebelum ini yang melalui ruang udara Pakistan.
Thai Airways berkata, penerbangan ke destinasi di Eropah dan Asia Selatan akan diubah laluannya mulai awal pagi Rabu serta memberi amaran langkah itu boleh menyebabkan kelewatan kepada beberapa penerbangan.
Vietnam Airlines berkata ketegangan antara India dan Pakistan telah menjejaskan rancangan penerbangannya dan akan memberikan butiran mengenai jadual laluan semula dalam masa terdekat.
Syarikat Penerbangan Taiwan, China Airlines berkata, ia telah mengaktifkan pelan kontingensinya dan mengambil beberapa siri langkah untuk memastikan keselamatan penumpang dan anak kapalnya.
Namun, syarikat penerbangan itu tidak memberikan penjelasan terperinci.
Laman web lapangan terbang antarabangsa utama Taiwan di Taoyuan, di luar Taipei, menunjukkan bahawa penerbangan tanpa henti China Airlines ke London pada Rabu telah dibatalkan.
Sebelum pencerobohan Rusia ke Ukraine, banyak penerbangan ke Eropah dari Taiwan tidak melalui Rusia.
Syarikat penerbangan Taiwan itu juga diharamkan berbuat demikian selepas Taipei menyertai sekatan Barat ke atas Moscow dan secara amnya akan terbang melintasi India, Pakistan dan Asia Tengah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram