[VIDEO] Hanya cantum komponen kenderaan terpakai, pemuda Indonesia hasilkan robot bernilai lebih RM12,000


  • Benua
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Robot yang dihasilkan oleh Umar Mustofa dengan hanya menggunakan komponen kenderaan terpakai. — Agensi

KISAH seorang lelaki berusia 33 tahun di Desa Harjawinangun, Jawa Tengah, Indonesia mencuri perhatian ramai selepas melihat kreativiti luar biasanya dalam bidang robotik.

Umar Mustofa juga menjadi inspirasi kepada penduduk setempat kerana mampu menghasilkan pendapatan tinggi dengan bekerja di bengkel kecilnya.

Lebih mengagumkan apabila Umar menggunakan komponen kenderaan sama ada kereta atau motosikal terpakai untuk menghasilkan sebuah robot manusia.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah buang sampah dalam sungai di Plentong, kena kompaun MBJB RM1,000

BACA LAGI: 'Mungkin belum bombastik', usaha Adam Adli bantu penduduk sangkal dakwaan tak nampak bawa perubahan di Hang Tuah Jaya

 

 

 

 

Berdasarkan laporan agensi, Umar mengumpul bahan-bahan logam di bengkel lama kemudian memasang dan mencantumkannya satu demi satu untuk menyerupai watak animasi terkenal seperti Transformers, Terminator, Robocop dan Iron Man sejak 2018.

Selain menarik daripada aspek visualnya, karya Umar juga mempunyai nilai yang tinggi sehingga mencecah puluhan juta rupiah.

"Sebuah robot boleh dijual sehingga RM12,988 (50 juta rupiah) bergantung kepada saiz dan kerumitan," katanya.

Dalam masa sebulan, Umar juga mampu menyiapkan sehingga empat robot besar dan pembelinya datang dari pelbagai daerah di Indonesia.

Karya Umar turut membuktikan bahawa kreativiti tidak mengenal latar belakang.

Dengan kecekalan, imaginasi dan kemahiran teknikal, barangan terpakai yang sering dianggap sebagai sampah boleh dijadikan sebagai produk seni berharga.

Sementara itu, beberapa robot buatannya bahkan pernah dibeli pelanggan luar negara termasuk Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Pencapaian tersebut berjaya membawanya ke ASEAN Rural Culture Expo di Yogyakarta, Indonesia pada 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram