
SEORANG pelanggan terkejut selepas menemui serpihan kaca di dalam hidangannya yang dipesan di sebuah restoran baru-baru ini.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna Twitter @NaufalAntezem pada Sabtu, kejadian berlaku ketika dia sedang menikmati hirupan sup sotonya.
Dia bagaimanapun sempat mengeluarkan objek tersebut untuk memastikan ia serpihan kaca sebenar.
"Aku tengah makan soto lepas itu ada kaca dalam kuah. Nasib baik tak terus telan ya tuhan," tulisnya.
BACA LAGI: Tabiat masih cenderung pilih beras ikut jenama, kerajaan naikkan had beli 5 kampit BPT — Mat Sabu
Weh aku tengah makan soto ni tadi lepastu ada kaca dalam kuah
Nasib aku tak terus telan ya tuhan… pic.twitter.com/EUVlRxgFSe
— Makhluk Tuhan Paling Seksa (@NaufalAntezem) May 9, 2025
Namun, lebih mengejutkan apabila kesilapan itu diakui oleh pemilik restoran selepas dihubungi oleh pelanggan terbabit.
"Aku terus hubungi sebab aku yakin sangat pemilik tak perasan. Sekali dia cakap 'tadi kita kisar, pengisar pecah dan termasuk dalam kuah.
"Cari-cari tak jumpa. Insya-ALLAH tak ada apa-apa, tak tertelan," katanya sambil menambah bahawa pemilik berkenaan tidak seharusnya menggunakan kuah sama untuk dijual.
Setakat ini, tiada tindakan lanjut mahu pun permohonan maaf dibuat oleh pemilik restoran berhubung kejadian itu.
Lokasi sebenar kejadian juga belum dapat dipastikan lagi serta tiada kecederaan dilaporkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram