
KETEGANGAN antara India dan Pakistan terus memuncak selepas serangan udara India ke atas beberapa lokasi di Pakistan sebagai tindak balas kepada serangan militan di Kashmir bulan lalu.
Pakistan memberi amaran keras bahawa pihaknya berhak membalas pada masa dan cara yang ditentukan sendiri.
Dalam satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara, Pejabat Perdana Menteri Pakistan menyatakan bahawa negara itu "berhak untuk bertindak balas demi mempertahankan diri, pada masa, tempat dan kaedah yang ditentukan sendiri."
BACA LAGI: Syarikat penerbangan Asia ubah, batal penerbangan susulan peningkatan konflik India-Pakistan
BACA LAGI: [VIDEO] Pertama kali berlaku lepas 65 tahun, India tutup empangan sekat aliran air ke Pakistan
"Angkatan Tentera Pakistan diberi kuasa penuh untuk mengambil tindakan yang bersesuaian," menurut kenyataan itu.
Beberapa jam sebelum itu, India mengesahkan melancarkan serangan udara secara "tepat dan terkawal" terhadap apa yang didakwanya sebagai kem pengganas di wilayah Pakistan.
BIG: It appears India indeed lost a Rafale fighter jet tonight, shot down by Pakistan.
Locals in Aklian Kalan village, Punjab, filmed parts of a French MICA missile still attached to its launcher— just 20 km from Bathinda AFS, home to No. 17 Rafale & No. 380 NETRA squadrons. pic.twitter.com/ylTA6KGW3l
— Clash Report (@clashreport) May 7, 2025
Serangan itu dikatakan sebagai tindak balas terhadap serangan militan pada 22 April lalu di Jammu dan Kashmir, yang meragut 26 nyawa orang awam.
India menegaskan bahawa serangannya tidak menyasarkan mana-mana infrastruktur awam, ekonomi atau ketenteraan Pakistan.
Namun, tentera Pakistan mendakwa 31 orang awam maut akibat serangan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu "tindakan perang".
Media tempatan melaporkan, serangan India kali ini adalah yang paling jauh menembusi wilayah Pakistan sejak perang tahun 1971, dengan beberapa lokasi utama seperti Bahawalpur, Muridke, Sialkot dan Muzaffarabad menjadi sasaran.
Dalam ucapan khas menerusi televisyen malam tadi, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, mengesahkan berlaku pertempuran udara selama hampir satu jam antara jet pejuang kedua-dua negara. Beliau turut memberi amaran bahawa India akan "menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan".
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif. — Agensi
Terdahulu, India turut mengumumkan operasi ketenteraannya dinamakan "Operasi Sindoor," merujuk kepada serbuk merah tradisional yang dipakai wanita Hindu yang telah berkahwin dan simbol yang dilihat menambah unsur emosional terhadap tindak balas India.
Sementara itu, media pertahanan antarabangsa melaporkan sebuah jet pejuang Rafale milik India dipercayai telah ditembak jatuh, dipercauai menggunakan peluru berpandu PL-15 buatan China oleh Pakistan.
Serpihan pesawat, termasuk bahagian ekor dan komponen enjin M88, ditemui di wilayah Punjab. Nombor siri “BS001” pada serpihan itu dikaitkan dengan Rafale pertama yang diterima India pada 2019.
Pakistan turut mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat India, termasuk MiG-29 dan Su-30, namun India menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan gambar tular berkaitan adalah lapuk.
Insiden ini mencetus persoalan mengenai sejauh mana keupayaan sebenar jet Rafale yang sebelum ini dianggap ‘game changer’ dalam angkatan udara India.
Media pertahanan antarabangsa melaporkan sebuah jet pejuang Rafale milik India dipercayai telah ditembak jatuh, didakwa menggunakan peluru berpandu PL-15 buatan China oleh Pakistan. — Agensi
Untuk rekod, sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, India dan Pakistan telah berperang beberapa kali dan kebanyakannya berkait isu wilayah bergolak Kashmir.
Konflik bersenjata terakhir yang berlarutan berlaku pada 1999, ketika tentera Pakistan menceroboh kawasan Kargil yang dikawal India.
Ketika ini, kedua-dua negara dilaporkan sedang meningkatkan kesiapsiagaan ketenteraan, termasuk ujian peluru berpandu oleh Pakistan dan latihan ketenteraan di beberapa negeri India. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram