
INDIA bertindak memutuskan bekalan air ke Pakistan dari empangan Baglihar di Sungai Chenab dan sedang bersedia mengurangkan aliran air daripada projek Kishanganga di Jhelum, berikutan keputusannya tidak membenarkan 'setitik air' masuk ke negara jiran dari Sungai Indus.
Selepas seminggu perbincangan dan ujian hidrologi, India memulakan operasi nyahkelodak di empangan Baglihar dan menutup pintu air, sekali gus mengurangkan aliran hiliran ke Pakistan sehingga 90 peratus.
Operasi serupa juga dirancang bagi empangan Kishanganga, kata seorang pegawai dari National Hydroelectric Power Corporation pada Ahad.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
"Kami telah menutup pintu projek kuasa tenaga hidro Baglihar. Kami telah melakukan penyahlodakan takungan dan ia perlu diisi semula. Proses itu dimulakan pada Sabtu," kata seorang lagi pegawai yang enggan namanya didedahkan.
Tindakan India dibuat dalam beberapa jam selepas Pakistan menguji peluru berpandu balistik permukaan ke permukaan pada Sabtu termasuk mengharamkan dok kapal yang membawa bendera Pakistan di semua pelabuhan di India.
India hari ini menutup bekalan air ke Pakistan melalui Empangan Baghilar di Sungai Chenab
Ini susulan pergantungan Perjanjian Air Indus dengan Pakistan
Kali pertama ia berlaku selepas 65 tahun perjanjian berkenaan pic.twitter.com/k3hLEQhqoq
— Irfan_newboys (@Marchfoward) May 4, 2025
Empangan Kishanganga, loji kuasa hidro mega pertama yang terletak di utara barat Himalaya di lembah Gurez, juga akan menjalani kerja penyelenggaraan besar-besaran dalam masa terdekat dan semua aliran daripadanya ke kawasan hilir akan dihentikan.
Pakistan telah membantah reka bentuk kedua-dua empangan terbabit.
India menghentikan sementara Perjanjian Air Indus yang sudah dilaksana selama enam dekad dengan Pakistan.
Hubungan kedua-dua negara tegang akibat pertikaian yang berlarutan, sehari selepas pengganas membunuh puluhan pelancong di Pahalgam, wilayah Kashmir ditadbir India pada 22 April.
Perjanjian Air Indus ialah perjanjian air rentas sempadan yang membenarkan kedua-dua negara berkongsi air yang mengalir dari lembangan Indus.
Di sebalik hubungan yang tegang antara kedua-dua negara, ia sebelum ini kekal terselamat daripada konflik bersenjata dan ketegangan hampir berterusan antara India dan Pakistan sejak 65 tahun lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram