
SEORANG wanita maut selepas dipercayai dicampak keluar dari sebuah van di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Awan Besar, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 petang selepas seorang saksi melaporkan melihat mangsa dicampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak.
"Van tersebut kemudiannya dilihat memecut meninggalkan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.
BACA LAGI : Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
BACA LAGI : Suami antara suspek disiasat berkemungkinan terlibat dalam kes penculikan Pamela Ling — KPN
Saksi melaporkan melihat mangsa dicampak keluar dari sebuah van yang sedang bergerak di di Lebuhraya Kesas. — Gambar/Orang Awam
Mangsa yang berusia 44 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba memberi bantuan kecemasan.
Aidil turut mengesahkan bahawa mangsa bukan individu yang dikenali sebagai ‘Pamela Ling’ yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Polis kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram