
DETIK cemas tercetus di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dekat Alor Setar, Kedah pada Selasa apabila sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir dari landasan.
Kejadian itu berlaku ketika ketika pesawat berkenan sedang mendarat selepas mengalami masalah pada roda pendaratan hadapan (nose landing gear).
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, pesawat terbabit sedang menjalani sesi latihan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadual berlangsung di Langkawi dari 20 hingga 24 Mei ini.
BACA LAGI: Mayat wanita dicampak dari van di Lebuh Raya Kesas bukan Pamela Ling — Polis
BACA LAGI: Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM, insiden berkenaan memaksa pihak berkuasa menutup sementara landasan LTSAH.
"Penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemindahan pesawat dan pembersihan kawasan landasan.
"Penutupan ini dijangka berlanjutan sehingga pukul 10.30 malam Selasa bagi memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi sebelum landasan dibuka semula," menurut kenyataan itu pada Selasa.
Detik cemas tercetus di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dekat Kepala Batas Kedah pada Selasa apabila sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir dari landasan. pic.twitter.com/JDRKOpjJqI
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 6, 2025
Jelas kenyataan itu lagi, pihak berkuasa mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (Notam) untuk memaklumkan mengenai penutupan itu.
"Semua operasi penerbangan di LTSAH terjejas sepanjang tempoh ini,” ujarnya.
Tambahnya, semua penumpang termasuk jemaah haji dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual penerbangan.
"Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat lanjut sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Selasa.
TUDM turut memberi jaminan bahawa tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan satu siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sementara itu, insiden tersebut turut menarik perhatian orang ramai yang berada di sekitar kawasan luar lapangan terbang bagi menyaksikan sesi latihan terbabit.
Beberapa rakaman dan gambar kejadian tular di media sosial sejurus selepas kejadian berlaku sehingga mengundang perbualan ramai.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram