
SEORANG lelaki ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dipandunya selepas terbabas ke dalam parit berhampiran kawasan Beriah dekat Alor Pongsu, Perak pagi Selasa.
Mangsa, Yusairi Naim Khalid, dipercayai hilang kawalan ketika memandu sebelum kenderaan jenis Toyota Hilux miliknya terjatuh ke dalam parit di laluan FT147 Jalan Selama.
Menurut maklumat awal yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp, mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui orang awam yang melalui kawasan itu.
BACA LAGI: Mayat 2 beradik Orang Asli lemas di Sungai Kelantan ditemukan hanyut lebih 35km
BACA LAGI: Selari dengan amalan biasa, Ayob Khan pilihan tepat untuk ketuai PDRM — Penganalisis Jenayah
Seorang lelaki ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dipandunya selepas terbabas ke dalam parit berhampiran kawasan Beriah dekat Alor Pongsu, Perak pagi Selasa. pic.twitter.com/yS7ydpETE2
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 6, 2025
Berita pemergian mangsa turut dikongsi adiknya, Nurul Nazifa Khalid, menerusi satu hantaran di Facebook pada hari yang sama.
"Yang mengenali abang saya, Yusairi Naim bin Khalid, beliau kembali ke rahmatullah sebentar tadi (Selasa).
"Mohon sedekah Al-Fatihah dan moga ditempatkan dalam kalangan para solihin," tulisnya.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram