[VIDEO] Cegah pelajar terlanjur, pergaulan bebas ujian kehamilan jadi program tahunan di sekolah menengah


  • Benua
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Pelajar perempuan akan masuk ke tandas secara bergilir untuk menjalani ujian air kencing. — Agensi

TINDAKAN pihak pengurusan sebuah sekolah menengah di daerah Cianjur, Jawa Barat, Indonesia menjadikan ujian kehamilan sebagai program tahunan meraih perhatian masyarakat maya.

Kejadian itu dikongsikan di akaun TikTok milik guru bernama Nisa yang merupakan tenaga pengajar di SMA Sulthan Baruna.

Berdasarkan rakaman tersebut, pelajar perempuan dilihat masuk ke tandas secara bergilir-gilir untuk menjalani ujian air kencing, sebelum keputusan diserahkan kepada guru yang menunggu di luar.

BACA LAGI: Lebih 500 remaja, kanak-kanak perempuan seawal usia 10 tahun hamil luar nikah di Selangor

BACA LAGI: Pengalaman 32 tahun dalam PDRM, dorong Jennifer, NGO OSTPC tangani isu remaja hamil di Sarawak

Difahamkan, ujian kehamilan itu merupakan sebahagian daripada program tahunan sekolah bertujuan memantau dan mencegah pergaulan bebas dalam kalangan remaja.

“Dengan program ini, ibu bapa dapat lebih tenang mengetahui anak-anak mereka terhindar daripada pergaulan bebas, Alhamdulillah semuanya negatif,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan sokongan terhadap usaha pihak sekolah yang disifatkan sebagai langkah proaktif dalam membendung gejala sosial dalam kalangan pelajar.

“Baguslah saya setuju sebagai seorang ibu, sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah," ujar Jesnine.

"Kalau begini pasti budak sekolah takut mengandung. Kalau takut hamil, mesti mereka tak berani menjalinkan hubungan melampaui batas,” tulis Raisarz23. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram